Friday, 23 May 2014

Shaklee ku...


Alhamdullilah… diberi kelapangan untuk update blog pada hari ni… kata seorang kawan, kesempatan dalam kesempitan perlu digunakan sebaik mungkin.

Hari ini nak bercerita sikit mengenai Shaklee. Yes, I am Shaklee user and I am Shaklee Independent Distributor too. Alhamdulillah. Setelah menggunakan Shaklee untuk sekian lama, tergerak hati untuk menjadi ahli. Tujuan asal jadi ahli hanya sebab saya dan keluarga memang menggunakan Shaklee. Untuk mendapat harga yang murah, why not saya menjadi ahli. Senang, boleh order sendiri bila perlu, boleh jimat dengan belian pada harga ahli dan yang paling penting dapat produk yang berkualiti untuk kesihatan yang lebih berkualiti. Syukur…

Sebenarnya, saya bukanlah baru menjadi SID ni. Tapi baru hari ni tergerak untuk berkongsi cerita di blog mengenai kebaikan produk ini. Walau pun hakikatnya, jika bertanya kepada Mr Google, pasti akan keluar beribu maklumat berkenaan produk Shaklee ini. Tapi, kata orang, the more you share with others, the more valuable your share will become. Jadinya, x salah berkongsi cerita benda yang telah ada. Mungkin, dari perspektif dan cara penulisan setiap orang berbeza antara satu sama lain. Setiap SID juga menawarkan “added value” atau nilai tambahan yang berbeza.

Produk Shaklee telah established lebih dari 50 tahun lalu. Banyak kajian telah dibuat bagi memastikan produk-produk yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan terbaik. Ramai yg tahu Shaklee mengeluarkan vitamin-vitamin atau makanan kesihatan yang bermutu tinggi. Tapi tak ramai yg tahu Shaklee juga ada skin care atau produk penjagaan kulit serta produk bahan pencuci yang juga bermutu tinggi.

Personally, sebagai pengguna Shaklee saya rasa berpuas hati dan berbaloi dengan wang yang saya laburkan untuk pembelian Shaklee. Terutama apabila merasai sendiri kesan yang baik apabila saya ambil sesuatu produk secara konsisten. Saya nak kongsikan pengalaman saya semasa berpantang anak ke 4. Sebelum ini, saya telah mencuba pelbagai produk untuk berpantang selepas bersalin. 3 orang anak sebelum ini, 3 jenis/jenama produk yg telah saya gunakan. Kebiasaannya produk berpantang ni djual dalam bentuk set di mana ada pelbagai jenis ubat yang perlu dimakan. Ada juga set yg dijual untuk sebelum dan selepas bersalin. Yg jenis ini pun saya pernah makan. Hmm… macam2 kan.

Yg menjadi masalahnya saya bukanlah org yg mempunyai disiplin yg tinggi untuk pengambilan sesuatu produk terutama yang memerlukan jadual pemakanan, contohnya pagi 3 biji, tgh hari 3 biji, malam pula 3 biji atau ambil sebelum makan atau sejam sebelum makan. Hasilnya, banyak juga lah yg x hbs di makan atau digunakan sebab terlupa. Membazirkan.. kerana itulah saya putuskan untuk mencuba set berpantang Shaklee pula selepas bersalin anak ke 4. Sebabnya saya lihat set yang digunakan mengandungi kombinasi vitamin yang bukan sahaja boleh atau sesuai saya ambil ketika berpantang tetapi juga pada bila-bila masa selepas itu dan ahli keluarga yang lain juga boleh makan. Untung kan.

Untuk berpantang, saya ambil VitaLea (utk tambah darah, baik pulihkan badan), B Complex (kurangkan stress), Vitamin C (antioksidan), Zink (sembuhkan luka-luka). Saya tambahkan juga Alfalfa & ESP sebagai milk booster. Setiap vitamin ini mempunyai fungsi-fungsi tersendiri yang sesuai dengan keperluan tubuh badan selepas bersalin. Saya akan make sure saya makan setiap hari vitamin-vitamin ini, walaupun berbeza waktu. Nanti saya akan ceritakan secara detail mengenai fungsi-fungsi setiap vitamin ini. Tetapi yang paling best nya nak cerita, saya dah x sembelit lagi selepas ambil Alfalfa. Suka sangat2 sebab saya dah suffer setiap kali berpantang saya sembelit… Allahu Akbar.. Hanya Dia saje lah yang tahu macam mana nak meneran dalam keadaan kat bawah tu masih sakit dan luka pula belum sembuh sepenuhnya. Rasa ngeri pun ada.. bayangkan kalau lah terbuka jahitan tu…. Ngeee….

Saya x tahu apa puncanya saya sembelit sebab saya minum air seperti biasa dan saya juga ada makan ubat lembutkan najis yang dibekalkan oleh doktor. Atau memang setiap org yg berpantang akan sembelit. Sebab kawan saya juga pernah cerita pengalaman dia sembelit ketika berpantang. Sampaikan 2 kali patah batang paip kat rumahnya di kg gara2 meneran sambil pegang paip kat tepi jamban tu… hehehe… kesian kan.

Tapi kali ini, selepas saya makan Alfalfa Shaklee, saya dapat “membuang” dengan tenang dan elok. Tiada lagi adegan teran meneran. S**t tu pun lembut… Hahaha… Syukur padamu Ya Allah. So, saya memang suggest sangat2 kawan2 yg nak berpantang nanti ambil produk Shaklee ni. Dah hbs pantang, semua produk masih boleh diteruskan makan. Sangat berbaloi.

Hari ini sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri merasai keberkesanan produk Shaklee ini. Di kesempatan lain, akan saya ceritakan kelebihan setiap satu produk Shaklee ni ye. Kalau ada yang berminat nak dapatkan produk Shaklee ni, bolehlah whatsapp saya terus. Semoga perkongsian saya yg x seberapa ini akan bermanfaat kepada yg lain.

MamaYayaToreJ
SID 967686
0196930282  

 

 

 

No comments:

Post a Comment