Thursday, 8 May 2014

My #100HealthyDays…


Assalamualaikum wbt..
Lama sudah x bersiaran.. itulah..org ada blog, saya pun nak ada blog juga kan.. sudahnya, sebulan sekali baru update entry. hihi...x ape lah... saya cuba sehabis baik untuk memastikan blog yg dibuat ini tidak sia2..
100 hari yang sihat…tercapaikah agaknya? Belum cuba belum tau, dan kalau kita x set target, biasanya memang x kan tercapai apa-apa pun. Jadinya, eloklah kalau ada target. Sekurang-kurangnya, daripada 100 hari, mungkin 70 atau 80 hari kita sihat.

Ape sebenarnya My#100HealthyDays ni? Senang cerita, ini adalah program kurus dan sihat Si MamaYaya ni.. hehe.. Program untuk turunkan berat badan. Bikin gempak je tajuknya kan..

Selepas lahirkan anak no 4 ni, berat badan rasa x turun. Perut pun masih buncit lagi…kalau org tengok, x mustahil ada yg akan kata saya ni pregnant. Hahaha…malu la saya kalo ada yg menegur camtu…so, sebelum kena tegur “u pregnant ke?”.. better ambil langkah yg serius untuk menurunkan berat badan. Di samping kuruskan badan, elok juga jaga pemakanan dari pelbagai aspek supaya dapat badan yg sihat dan kekal muda dan ceria… maklum la usia pun bukan lah semakin muda…dah 33 tahun akak ni ha!!! Sama usia dengan suami plak tu. Jd adalah lebih elok saya pastikan saya sentiasa sihat n awet muda. Nanti xde lah cik abang komplen kan…J

Memandangkan Si MamaYaya ni seorang ibu yang berkerjaya, berjauhan dengan suami lagi, semua urusan rumah tangga dan anak-anak dibuat sendiri … Maka teramatlah sedikit waktu terluang yg ada yg boleh digunakan untuk exercise atau beriadah. Maka dengan itu, survey la sket apa-apa produk yg boleh membantu saya mencapai target mendapat berta badan yg ideal ni.

Banyak produk di pasaran yg dikatakan boleh membantu menurunkan berat badan.. ada tu dalam masa seminggu boleh turun 5 kg – 10kg…errr…mcm takut nak mkn je… takut ada pape side effect sebab x pasti apa bahan-bahan yang digunakan hinggakan memberi kesan yang sangat cepat… Pil ada, minuman ada, produk tenusu ada…macam-macam lah…

Sedikit tips bagi yang sedang mencari produk-produk kesihatan…ini adalah perkara asas yg anda perlu tahu ketika mencari apa-apa produk kesihatan—

#        Halal

Pastikan produk dibuat daripada bahan-bahan yang HALAL dan mempunyai cop HALAL daripada JAKIM atau mana-mana organisasi yang diiktiraf oleh JAKIM. Mungkin ramai yg x tau, selain JAKIM sendiri, ada juga beberapa organisasi yang telah diiktiraf oleh JAKIM dan cop halal tersebut boleh diterima pakai.

 

#     Telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Macam mane nak tau? Ada 3 cara untuk mengetahui produk berkenaan telah berdaftar dengan KKM:

 
1)    Mempunyai label Hologram MeditagTM

2)   Mempunyai no. pendaftaran dengan KKM

3)  Melayari pengkalan data produk di laman web biro pengawalan farmaseutikal kebangsaan.

 

#      Bebas dari racun berjadual/dadah merbahaya. Biasanya kalau dah berdaftar dengan KKM tu, In Sha Allah selamat.

 
#      Dibuat daripada bahan-bahan semulajadi. Produk-produk kesihatan ni secara amnya terbahagi kepada 2 iaitu yg dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi  dan yang dihasilkan melalui proses kimia dalam makmal. Saya percaya ramai yg memilih produk yang dibuat daripada bahan-bahan semulajadi kerana khasiatnya yg kebiasaannya telah terbukti, tetapi yang dibuat melalui proses kimia dalam makmal pun tidak kurang juga khasiat dan kebaikannya. Cuma, apabila memilih yang berasaskan bahan-bahan semulajadi, kuranglah sedikit bahan kimia yang diserap oleh badan.

 

#      Harga yang berpatutan vs kuantiti. Adakah harga juga menjadi ukuran ketika membeli produk-produk kesihatan ni? Pada saya, ia terpulang pada citarasa dan kehendak masing-masing. Setelah memastikan semua di atas dipatuhi, sekiranya ada kemampuan atau memang nak beli yang mahal, bolehlah beli. Tapi x salah membeli yg berharga murah pun.. dan kadang-kadang yang murah itulah yg bersesuaian dengan diri kita.. Bandingkan harga dengan kuantiti yang ditawarkan. Adakah ia berbaloi untuk pelaburan kesihatan kita? Jadinya, tepuk poket…bayar sendiri J..hehehe..

 

#      Pilihan Brand atau jenama produk. Ada yang kata better pilih brand yang dah established dan dikenali ramai. Sebab banyak testimony yang boleh dicari semasa membuat pilihan. Tetapi yg xde brand atau jenama baru di pasaran pun ok juga. Kalau kandungan produk tu lebih baik daripada yang ada brand, why not mencuba… sekali lagi, tepuk dada tanya selera kan…. J

Pada saya factor utama adalah kesesuaian badan yang menerima produk-produk yang bakal ditelan itu nanti. Kadang-kadang beria membeli dengan harga yg mahal berdasarkan testimony yang gempak…sudahnya bila mkn sendiri macam x jadi ape pun kan… hmmm.. betul lah tu.. Apa pun, x salah mencuba… kalau rasa dah jumpa yg berkenan dan In Sya Allah sesuai, cubalah ambil… perhatikan kesannya… Ada org cepat je kesannya, ada org makan bertahun baru nampak kesan positif ke atas badan. Ada juga yg perlu melalui “healing crisis” dulu baru nampak kesan…

Cerita beria… Si MamaYaya ni ada makan apa-apa produk kesihatan ke? Tentu lah ada..kata nak sihat kan… Saya ambil Vit C, VitaLea, Ostematrix dan OmegaGuard brand Shaklee sebagai makanan tambahan harian saya. Alhamdulillah, pengambilan secara berterusan dan konsisten dapatlah saya kekalkan kesihatan saya. Ini adalah salah satu usaha saya untuk jaga kesihatan selain menjaga pemakanan yg seimbang… supaya dapat saya manfaatkan kesihatan saya ni untuk jaga keluarga dan rumah tangga saya pula.. Syukur Alhamdulillah… Nikmat yg tidak dapat disangkal lagi..

Panjang rupanya entry kali ni ye.. Asalnya nak cerita produk nak kurus je.. hehehe… sebenarnya dah jumpa yg berkenan di hati. In Sya Allah, next entry boleh cerita. Kena makan dulu la kan baru boleh cerita…J

So, selamat maju jaya kepada diri sendiri untuk menempuh My#100HealthyDays ni… Semoga cepat kurus…><

MamaYayaTore J




No comments:

Post a Comment