Monday, 19 May 2014

Selamat hari ibu mak....

Assalamualaikum wbt.

Entry yang tertangguh.. tetapi masih tidak terlewat rasanya untuk merakam rasa terima kasih kepada bonda tercinta. in fact hari2 pun mesti berterima kasih kepada emak yang telah banyak berkorban untuk membesarkan saya serta 7 adik-beradik yang lain.

Selamat hari ibu buat mak, Pn. Mariam@ Zaleha bt Bakar dan mak mertua, Pn. Halimah Abd Rahman... dan juga untuk diri sendiri. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk menjadi seorang ibu. Ramai di luar sana yg teringin nak jadi ibu tapi x berkesempatan kerana masih belum diberi rezeki. X apela. Mungkin bukan sekarang. Satu hari nanti InshaAllah berkat usaha dan doa yg x pernah jemu, akan lahirlah permata hati yg ditunggu-tunggu.

Syukur. Allah memberi rezeki kpd saya untuk menjadi ibu kepada 4 org cahaya mata. 2 lelaki, 2 perempuan. Yg paling kecil sudah pun berusia 5 bulan. Bila menjadi ibu, barulah terasa pengorbanan yg pernah mak lalui selama ini untuk membesarkan anak2 nya seramai 8 org. Kak Ngah saya meninggal dunia ketika berusia lbh kurang 14 tahun kalau x silap. Lama sudah pemergiannya. Paling terasa adalah emak. Ialah, anak yg dibelai dr kecil tiba2 pergi tanpa diduga... Runtun hati seorang ibu.

Bila dikenang kembali ketika saya masih kecil, banyak rupanya pengalaman bersama emak yg telahpun saya jadikan panduan dalam hidup sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu. Teringat dulu, kalau saya atau adik beradik lain sakit, emaklah yg bersusah payah membawa kami ke klinik yg bukan nya dekat. Mak akan ke bandar, naik bas... Semata-mata utk mendapatkan rawatan di klinik swasta. Bukan x ada klinik kerajaan di kg. Tapi emak memilih untuk membawa kami ke klinik yang terbaik semata-mata untuk memastikan kami dapat rawatan yang juga terbaik. Paling tidak boleh saya lupa, saya berjalan kaki dengan emak dari klinik ke hentian bas yang bukannya dekat...sebabnya klinik yang biasa kami pergi telah berpindah jauh dari hentian bas tersebut. bayangkan, dalam keadaan tidak sihat, saya terpaksa berjalan sambil merintih, dan emak menenangkan saya, menyabarkan saya. Hendak didukung, tidak larat kerana pada masa itu saya berusia lebih kurang 7 atau 8 tahun...

Ketika saya demam kuat, emak lah yang akan bersengkang mata menjaga saya siang malam. Tak dapat tertahan air mata ini bila sambil memicit emak berdoa, biarlah sakit yang saya tanggung dipindahkan kepadanya... apabila terasa tulang ketika memicit saya, mak akan berkata, ambil lah daging badan emak ni biar saya berisi sedikit... ketika saya bangun malam untuk membuat kerja rumah, mak akan temankan saya...sedangkan itulah waktu rehatnya setelah seharian penat membuat kerja2 rumah, memasak serta menjaga adik2... mak jugalah yang berulang menaiki bas setiap hujung minggu melawat saya di asrama dan terpaksa berjalan kaki untuk ke hentian bas untuk balik kerana bas jarang melalui kawasan sekolah saya ketika hujung minggu... kasihan emak...

Ya Allah...sedihnya membayangkan saat itu... banyak lagi kisah suka duka bersama emak...tetapi saya tidak mampu mencoretkan semua kenangan bersama emak...kerana pasti akan tumpah air mata ini. Saya juga bukanlah pandai mengarang... cukuplah sekadar untuk memberitahu dunia, saya sangat sayangkan emak saya.. tanpanya siapalah saya. Saya tidak akan berjaya tanpa pengorbanannya...

Hari ini, bila sudah bergelar ibu, saya telah rasa apa yang emak rasa. cuma bezanya, kehidupan kami dahulu tidak sesenang sekarang...pengorbanan saya juga mungkin tidak standing pengorbanannya kepada saya dan adik beradik...Alhamdulillah Ya Allah, syukur di atas rahmat mu ini...

Ibu mertua saya juga banyak berjasa kepada saya... ketika suami berada di kejauhan mencari rezeki, emak mertua lah yang selalu menemankan...membantu saya menguruskan anak-anak... paling tidak pun, bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan... Seorang ibu yang pada saya sentiasa bersemangat, rajin dan teliti dalam melakukan kerja-kerja rumah...bukanlah seorang yang perfectionist, tapi emak akan sentiasa memastikan segalanya dalam keadaan yang terbaik selagi dia mampu...Terima kasih mak atas bantuan dan jasa baik emak kepada saya dan anak2 saya.

Satu sahaja yang saya takut lantaran usia emak semakin bertambah....takut kehilangannya...sedangkan membayangkannya sahaja sudah sedih.. Allahuakbar...

Ya Allah, ku pohon kepada Mu Ya Allah. Panjanglah usia ibuku Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepadanya, rahmatilah dia, sejahterakanlah hidupnya..mudahkanlah segala urusannya Ya Allah..lindungilah dirinya Ya Allah..

Ya Allah. berikanlah kesempatan kepadaku untuk menjaga ibuku Ya Allah...berikanlah peluang kepadaku untuk berbakti kepadanya Ya Allah... berikanlah kesempatan kepadaku agar sentiasa berpeluang untuk bersamanya Ya Allah..jadikanlah aku seperti ibuku. Kuatkanlah aku seperti ibuku Ya Allah..Tabahkanlah aku seperti ibuku Ya Allah.

Untuk emak dan emak mertua... Saya sayangkan emak berdua... Semoga Allah sentiasa merahmati emak berdua.

Sayang emak.

MamaYayaTore


No comments:

Post a Comment