Alhamdullilah… diberi kelapangan untuk update blog pada hari
ni… kata seorang kawan, kesempatan dalam kesempitan perlu digunakan sebaik
mungkin.
Hari ini nak bercerita sikit mengenai Shaklee. Yes, I am Shaklee user and I am Shaklee
Independent Distributor too. Alhamdulillah. Setelah menggunakan Shaklee
untuk sekian lama, tergerak hati untuk menjadi ahli. Tujuan asal jadi ahli hanya
sebab saya dan keluarga memang menggunakan Shaklee. Untuk mendapat harga yang
murah, why not saya menjadi ahli. Senang, boleh order sendiri bila perlu, boleh
jimat dengan belian pada harga ahli dan yang paling penting dapat produk yang
berkualiti untuk kesihatan yang lebih berkualiti. Syukur…
Sebenarnya, saya bukanlah baru menjadi SID ni. Tapi baru hari
ni tergerak untuk berkongsi cerita di blog mengenai kebaikan produk ini. Walau
pun hakikatnya, jika bertanya kepada Mr Google, pasti akan keluar beribu
maklumat berkenaan produk Shaklee ini. Tapi, kata orang, the more you share with others, the more valuable your share will
become. Jadinya, x salah berkongsi cerita benda yang telah ada. Mungkin,
dari perspektif dan cara penulisan setiap orang berbeza antara satu sama lain.
Setiap SID juga menawarkan “added value”
atau nilai tambahan yang berbeza.
Produk Shaklee telah established
lebih dari 50 tahun lalu. Banyak kajian telah dibuat bagi memastikan
produk-produk yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan terbaik. Ramai yg tahu
Shaklee mengeluarkan vitamin-vitamin atau makanan kesihatan yang bermutu
tinggi. Tapi tak ramai yg tahu Shaklee juga ada skin care atau produk penjagaan
kulit serta produk bahan pencuci yang juga bermutu tinggi.
Personally, sebagai pengguna Shaklee saya rasa berpuas hati
dan berbaloi dengan wang yang saya laburkan untuk pembelian Shaklee. Terutama
apabila merasai sendiri kesan yang baik apabila saya ambil sesuatu produk
secara konsisten. Saya nak kongsikan pengalaman saya semasa berpantang anak ke
4. Sebelum ini, saya telah mencuba pelbagai produk untuk berpantang selepas
bersalin. 3 orang anak sebelum ini, 3 jenis/jenama produk yg telah saya
gunakan. Kebiasaannya produk berpantang ni djual dalam bentuk set di mana ada
pelbagai jenis ubat yang perlu dimakan. Ada juga set yg dijual untuk sebelum
dan selepas bersalin. Yg jenis ini pun saya pernah makan. Hmm… macam2 kan.
Yg menjadi masalahnya saya bukanlah org yg mempunyai disiplin
yg tinggi untuk pengambilan sesuatu produk terutama yang memerlukan jadual
pemakanan, contohnya pagi 3 biji, tgh hari 3 biji, malam pula 3 biji atau ambil
sebelum makan atau sejam sebelum makan. Hasilnya, banyak juga lah yg x hbs di
makan atau digunakan sebab terlupa. Membazirkan.. kerana itulah saya putuskan
untuk mencuba set berpantang Shaklee pula selepas bersalin anak ke 4. Sebabnya
saya lihat set yang digunakan mengandungi kombinasi vitamin yang bukan sahaja
boleh atau sesuai saya ambil ketika berpantang tetapi juga pada bila-bila masa
selepas itu dan ahli keluarga yang lain juga boleh makan. Untung kan.
Untuk berpantang, saya ambil VitaLea (utk tambah darah, baik
pulihkan badan), B Complex (kurangkan stress), Vitamin C (antioksidan), Zink
(sembuhkan luka-luka). Saya tambahkan juga Alfalfa & ESP sebagai milk
booster. Setiap vitamin ini mempunyai fungsi-fungsi tersendiri yang sesuai
dengan keperluan tubuh badan selepas bersalin. Saya akan make sure saya makan setiap hari vitamin-vitamin ini, walaupun berbeza waktu. Nanti saya akan ceritakan secara
detail mengenai fungsi-fungsi setiap vitamin ini. Tetapi yang paling best nya
nak cerita, saya dah x sembelit lagi selepas ambil Alfalfa. Suka sangat2 sebab
saya dah suffer setiap kali berpantang saya sembelit… Allahu Akbar.. Hanya Dia
saje lah yang tahu macam mana nak meneran dalam keadaan kat bawah tu masih
sakit dan luka pula belum sembuh sepenuhnya. Rasa ngeri pun ada.. bayangkan
kalau lah terbuka jahitan tu…. Ngeee….
Saya x tahu apa puncanya saya sembelit sebab saya minum air
seperti biasa dan saya juga ada makan ubat lembutkan najis yang dibekalkan oleh
doktor. Atau memang setiap org yg berpantang akan sembelit. Sebab kawan saya
juga pernah cerita pengalaman dia sembelit ketika berpantang. Sampaikan 2 kali
patah batang paip kat rumahnya di kg gara2 meneran sambil pegang paip kat tepi
jamban tu… hehehe… kesian kan.
Tapi kali ini, selepas saya makan Alfalfa Shaklee, saya dapat
“membuang” dengan tenang dan elok. Tiada lagi adegan teran meneran. S**t tu pun
lembut… Hahaha… Syukur padamu Ya Allah. So, saya memang suggest sangat2 kawan2
yg nak berpantang nanti ambil produk Shaklee ni. Dah hbs pantang, semua produk
masih boleh diteruskan makan. Sangat berbaloi.
Hari ini sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri merasai keberkesanan
produk Shaklee ini. Di kesempatan lain, akan saya ceritakan kelebihan setiap
satu produk Shaklee ni ye. Kalau ada yang berminat nak dapatkan produk Shaklee
ni, bolehlah whatsapp saya terus. Semoga perkongsian saya yg x seberapa ini
akan bermanfaat kepada yg lain.
MamaYayaToreJ
SID 9676860196930282