Assalamualaikum wbt.
Lama sudah x update blog ni. Hampir 4 bulan rasanya. Dan dalam tempoh 4 bulan ni la mcm2 yg berlaku.
Baru-baru ini anak-anak kesayangan semuanya dijangkiti chicken pox atau cengkering. Bermula dengan abang Khalis. Penuh satu muka dan badan ditumbuhi bintik-bintik berair. Ada kecil dan ada besar. Mula-mula nak keluar chicken pox tu Khalis demam agak kuat panasnya. Bila banyak yang keluar demamnya semakin kebah.
Sehari lepas Khalis, Iman pula yang dijangkiti chicken pox. Cumanya Iman x banyak naik bintik-bintik tu. Dan dia juga x demam.
Saya dan suami bergilir ambil cuti. Bermula dengan saya selama 3 hari dan kemudiannya suami 3 hari. Selepas itu, mengharap bantuan emak dan abah menjaga anak-anak. Allahu Akbar. Kenapalah time mama dah kerja semula baru nak kena. Sian Khalis dan Iman.
Sepanjang menjaga Khalis dan Iman, banyak petua-petua yang mama buat untuk pastikan Khalis dan Iman cepat sembuh dan tidak meninggalkan kesan kudis di badan dan di muka. Banyak juga pantang larang yang nak diamalkan. Antaranya, tidak boleh makan makanan yang gatal seperti ikan kembung, udang, telur. Kicap pun tidak boleh makan. Katanya akan menyebabkan tinggal kesan hitam pada badan dan muka nanti.
Klinik hanya bagi ubat sapu iaitu calamine losyen untuk hilangkan gatal . Eh? Betul ke ejaan ni? Hehe.
Kebetulan. Mak memang ada buat bedak sejuk daripada beras. Jadinya, memang laku lah bedak sejuk tu sampai habis mama gunakan untuk sapu di badan Khalis dan Iman.
Sebenarnya lebih elok kalau beduk sejuk tu dicampurkan dengan daun bambu atau daun cermai. Daun cermai mama tau. Tapi daun bambu mama x kenal macam mana rupanya. Daun bambu atau daun cermai katanya berfungsi untuk menyejukkan badan serta mengurangkan rasa gatal. Kalau dapat lagi bagus kalau daun cermai atau daun bambu tu diletakkan sebagai alas tempat tidur. Sejuk katanya.
Bagi juga minum air kelapa. Selain menyejukkan badan, air kelapa juga boleh mempercepatkan proses chicken pox keluar. Konsepnya, cepat keluar cepat sembuh. Heheh.
Ini antara petua yang mak dan mertua ajarkan. Tetapi memandangkan daun bambu mahupun daun cermai pun tak ada, maka mama tepek bedak sejuk sahaja lah kat badan hero-hero mama ni. Air kelapa juga mama bagi. Tapi kena pastikan kalau ada ambil apa-apa ubat sebelum itu, dijarakkan waktu untuk minum air kelapa selama sekurang-kurangnya 4 jam. Yang ini pesanan dari doktor yang mama jumpa di klinik.
Ada juga yang kata x boleh mandi. Nanti jadi bentan. Mama mandikan saje Khalis dan Iman. Bukan ape, bila mandi mama rasa badan diorang lagi bersih dan kuman-kuman dapat dikurangkan. Sekurang-kurangnya dapat meminimumkan risiko jangkitan pada orang lain. Tak tahulah kan. Ini pandangan mama. Dan alhamdulillah. Anak-anak semua ok. Tak ada yang bentan.
Sebaik-baiknya anak-anak yang kena chicken pox ni diasingkan daripada anak-anak yang tidak kena. Tapi untuk mama agak susah hendak asingkan diorang ni. Terutama si Yaya Tore. Lagi bergumpal main dengan abang-abangnya adalah. Hmmmm. Nampaknya mama kena standby untuk ambil cuti lagi selepas ni kalau turn YayaTore pula yang kena chiken pox.
Baby Aneesa mama asingkan tidur untuk sementara waktu ni. Baby Aneesa tidur dengan Opah. Tapi masih ada risiko berjangkit juga sebab waktu siang semua masih bermain bersama. Susah nak asingkan diorang ni. Ye lah. Sudah biasa bermain bersama. Bila x cukup quorum jadi x best la kan.
Mama dan papa dah standby kalau YayaTore dan baby Aneesa pula kena chicken pox. Harap-harap mak dan mak mertua dapat membantu nanti. Dan harapnya kedua-dua puteri ni x kena teruk macam abang Khalis. Nanti dah x cun pulak princesses mama. Heheh. Apapun mama doakan semoga kalian sihat sentiasa dan di bawah perlindungan dan rahmat Nya selalu. Amin.
Tuesday, 23 September 2014
Friday, 23 May 2014
Shaklee ku...
Alhamdullilah… diberi kelapangan untuk update blog pada hari
ni… kata seorang kawan, kesempatan dalam kesempitan perlu digunakan sebaik
mungkin.
Hari ini nak bercerita sikit mengenai Shaklee. Yes, I am Shaklee user and I am Shaklee
Independent Distributor too. Alhamdulillah. Setelah menggunakan Shaklee
untuk sekian lama, tergerak hati untuk menjadi ahli. Tujuan asal jadi ahli hanya
sebab saya dan keluarga memang menggunakan Shaklee. Untuk mendapat harga yang
murah, why not saya menjadi ahli. Senang, boleh order sendiri bila perlu, boleh
jimat dengan belian pada harga ahli dan yang paling penting dapat produk yang
berkualiti untuk kesihatan yang lebih berkualiti. Syukur…
Sebenarnya, saya bukanlah baru menjadi SID ni. Tapi baru hari
ni tergerak untuk berkongsi cerita di blog mengenai kebaikan produk ini. Walau
pun hakikatnya, jika bertanya kepada Mr Google, pasti akan keluar beribu
maklumat berkenaan produk Shaklee ini. Tapi, kata orang, the more you share with others, the more valuable your share will
become. Jadinya, x salah berkongsi cerita benda yang telah ada. Mungkin,
dari perspektif dan cara penulisan setiap orang berbeza antara satu sama lain.
Setiap SID juga menawarkan “added value”
atau nilai tambahan yang berbeza.
Produk Shaklee telah established
lebih dari 50 tahun lalu. Banyak kajian telah dibuat bagi memastikan
produk-produk yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan terbaik. Ramai yg tahu
Shaklee mengeluarkan vitamin-vitamin atau makanan kesihatan yang bermutu
tinggi. Tapi tak ramai yg tahu Shaklee juga ada skin care atau produk penjagaan
kulit serta produk bahan pencuci yang juga bermutu tinggi.
Personally, sebagai pengguna Shaklee saya rasa berpuas hati
dan berbaloi dengan wang yang saya laburkan untuk pembelian Shaklee. Terutama
apabila merasai sendiri kesan yang baik apabila saya ambil sesuatu produk
secara konsisten. Saya nak kongsikan pengalaman saya semasa berpantang anak ke
4. Sebelum ini, saya telah mencuba pelbagai produk untuk berpantang selepas
bersalin. 3 orang anak sebelum ini, 3 jenis/jenama produk yg telah saya
gunakan. Kebiasaannya produk berpantang ni djual dalam bentuk set di mana ada
pelbagai jenis ubat yang perlu dimakan. Ada juga set yg dijual untuk sebelum
dan selepas bersalin. Yg jenis ini pun saya pernah makan. Hmm… macam2 kan.
Yg menjadi masalahnya saya bukanlah org yg mempunyai disiplin
yg tinggi untuk pengambilan sesuatu produk terutama yang memerlukan jadual
pemakanan, contohnya pagi 3 biji, tgh hari 3 biji, malam pula 3 biji atau ambil
sebelum makan atau sejam sebelum makan. Hasilnya, banyak juga lah yg x hbs di
makan atau digunakan sebab terlupa. Membazirkan.. kerana itulah saya putuskan
untuk mencuba set berpantang Shaklee pula selepas bersalin anak ke 4. Sebabnya
saya lihat set yang digunakan mengandungi kombinasi vitamin yang bukan sahaja
boleh atau sesuai saya ambil ketika berpantang tetapi juga pada bila-bila masa
selepas itu dan ahli keluarga yang lain juga boleh makan. Untung kan.
Untuk berpantang, saya ambil VitaLea (utk tambah darah, baik
pulihkan badan), B Complex (kurangkan stress), Vitamin C (antioksidan), Zink
(sembuhkan luka-luka). Saya tambahkan juga Alfalfa & ESP sebagai milk
booster. Setiap vitamin ini mempunyai fungsi-fungsi tersendiri yang sesuai
dengan keperluan tubuh badan selepas bersalin. Saya akan make sure saya makan setiap hari vitamin-vitamin ini, walaupun berbeza waktu. Nanti saya akan ceritakan secara
detail mengenai fungsi-fungsi setiap vitamin ini. Tetapi yang paling best nya
nak cerita, saya dah x sembelit lagi selepas ambil Alfalfa. Suka sangat2 sebab
saya dah suffer setiap kali berpantang saya sembelit… Allahu Akbar.. Hanya Dia
saje lah yang tahu macam mana nak meneran dalam keadaan kat bawah tu masih
sakit dan luka pula belum sembuh sepenuhnya. Rasa ngeri pun ada.. bayangkan
kalau lah terbuka jahitan tu…. Ngeee….
Saya x tahu apa puncanya saya sembelit sebab saya minum air
seperti biasa dan saya juga ada makan ubat lembutkan najis yang dibekalkan oleh
doktor. Atau memang setiap org yg berpantang akan sembelit. Sebab kawan saya
juga pernah cerita pengalaman dia sembelit ketika berpantang. Sampaikan 2 kali
patah batang paip kat rumahnya di kg gara2 meneran sambil pegang paip kat tepi
jamban tu… hehehe… kesian kan.
Tapi kali ini, selepas saya makan Alfalfa Shaklee, saya dapat
“membuang” dengan tenang dan elok. Tiada lagi adegan teran meneran. S**t tu pun
lembut… Hahaha… Syukur padamu Ya Allah. So, saya memang suggest sangat2 kawan2
yg nak berpantang nanti ambil produk Shaklee ni. Dah hbs pantang, semua produk
masih boleh diteruskan makan. Sangat berbaloi.
Hari ini sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri merasai keberkesanan
produk Shaklee ini. Di kesempatan lain, akan saya ceritakan kelebihan setiap
satu produk Shaklee ni ye. Kalau ada yang berminat nak dapatkan produk Shaklee
ni, bolehlah whatsapp saya terus. Semoga perkongsian saya yg x seberapa ini
akan bermanfaat kepada yg lain.
MamaYayaToreJ
SID 9676860196930282
Monday, 19 May 2014
Selamat hari ibu mak....
Assalamualaikum wbt.
Entry yang tertangguh.. tetapi masih tidak terlewat rasanya untuk merakam rasa terima kasih kepada bonda tercinta. in fact hari2 pun mesti berterima kasih kepada emak yang telah banyak berkorban untuk membesarkan saya serta 7 adik-beradik yang lain.
Selamat hari ibu buat mak, Pn. Mariam@ Zaleha bt Bakar dan mak mertua, Pn. Halimah Abd Rahman... dan juga untuk diri sendiri. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk menjadi seorang ibu. Ramai di luar sana yg teringin nak jadi ibu tapi x berkesempatan kerana masih belum diberi rezeki. X apela. Mungkin bukan sekarang. Satu hari nanti InshaAllah berkat usaha dan doa yg x pernah jemu, akan lahirlah permata hati yg ditunggu-tunggu.
Syukur. Allah memberi rezeki kpd saya untuk menjadi ibu kepada 4 org cahaya mata. 2 lelaki, 2 perempuan. Yg paling kecil sudah pun berusia 5 bulan. Bila menjadi ibu, barulah terasa pengorbanan yg pernah mak lalui selama ini untuk membesarkan anak2 nya seramai 8 org. Kak Ngah saya meninggal dunia ketika berusia lbh kurang 14 tahun kalau x silap. Lama sudah pemergiannya. Paling terasa adalah emak. Ialah, anak yg dibelai dr kecil tiba2 pergi tanpa diduga... Runtun hati seorang ibu.
Bila dikenang kembali ketika saya masih kecil, banyak rupanya pengalaman bersama emak yg telahpun saya jadikan panduan dalam hidup sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu. Teringat dulu, kalau saya atau adik beradik lain sakit, emaklah yg bersusah payah membawa kami ke klinik yg bukan nya dekat. Mak akan ke bandar, naik bas... Semata-mata utk mendapatkan rawatan di klinik swasta. Bukan x ada klinik kerajaan di kg. Tapi emak memilih untuk membawa kami ke klinik yang terbaik semata-mata untuk memastikan kami dapat rawatan yang juga terbaik. Paling tidak boleh saya lupa, saya berjalan kaki dengan emak dari klinik ke hentian bas yang bukannya dekat...sebabnya klinik yang biasa kami pergi telah berpindah jauh dari hentian bas tersebut. bayangkan, dalam keadaan tidak sihat, saya terpaksa berjalan sambil merintih, dan emak menenangkan saya, menyabarkan saya. Hendak didukung, tidak larat kerana pada masa itu saya berusia lebih kurang 7 atau 8 tahun...
Ketika saya demam kuat, emak lah yang akan bersengkang mata menjaga saya siang malam. Tak dapat tertahan air mata ini bila sambil memicit emak berdoa, biarlah sakit yang saya tanggung dipindahkan kepadanya... apabila terasa tulang ketika memicit saya, mak akan berkata, ambil lah daging badan emak ni biar saya berisi sedikit... ketika saya bangun malam untuk membuat kerja rumah, mak akan temankan saya...sedangkan itulah waktu rehatnya setelah seharian penat membuat kerja2 rumah, memasak serta menjaga adik2... mak jugalah yang berulang menaiki bas setiap hujung minggu melawat saya di asrama dan terpaksa berjalan kaki untuk ke hentian bas untuk balik kerana bas jarang melalui kawasan sekolah saya ketika hujung minggu... kasihan emak...
Ya Allah...sedihnya membayangkan saat itu... banyak lagi kisah suka duka bersama emak...tetapi saya tidak mampu mencoretkan semua kenangan bersama emak...kerana pasti akan tumpah air mata ini. Saya juga bukanlah pandai mengarang... cukuplah sekadar untuk memberitahu dunia, saya sangat sayangkan emak saya.. tanpanya siapalah saya. Saya tidak akan berjaya tanpa pengorbanannya...
Hari ini, bila sudah bergelar ibu, saya telah rasa apa yang emak rasa. cuma bezanya, kehidupan kami dahulu tidak sesenang sekarang...pengorbanan saya juga mungkin tidak standing pengorbanannya kepada saya dan adik beradik...Alhamdulillah Ya Allah, syukur di atas rahmat mu ini...
Ibu mertua saya juga banyak berjasa kepada saya... ketika suami berada di kejauhan mencari rezeki, emak mertua lah yang selalu menemankan...membantu saya menguruskan anak-anak... paling tidak pun, bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan... Seorang ibu yang pada saya sentiasa bersemangat, rajin dan teliti dalam melakukan kerja-kerja rumah...bukanlah seorang yang perfectionist, tapi emak akan sentiasa memastikan segalanya dalam keadaan yang terbaik selagi dia mampu...Terima kasih mak atas bantuan dan jasa baik emak kepada saya dan anak2 saya.
Satu sahaja yang saya takut lantaran usia emak semakin bertambah....takut kehilangannya...sedangkan membayangkannya sahaja sudah sedih.. Allahuakbar...
Ya Allah, ku pohon kepada Mu Ya Allah. Panjanglah usia ibuku Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepadanya, rahmatilah dia, sejahterakanlah hidupnya..mudahkanlah segala urusannya Ya Allah..lindungilah dirinya Ya Allah..
Ya Allah. berikanlah kesempatan kepadaku untuk menjaga ibuku Ya Allah...berikanlah peluang kepadaku untuk berbakti kepadanya Ya Allah... berikanlah kesempatan kepadaku agar sentiasa berpeluang untuk bersamanya Ya Allah..jadikanlah aku seperti ibuku. Kuatkanlah aku seperti ibuku Ya Allah..Tabahkanlah aku seperti ibuku Ya Allah.
Untuk emak dan emak mertua... Saya sayangkan emak berdua... Semoga Allah sentiasa merahmati emak berdua.
Sayang emak.
MamaYayaTore

Thursday, 8 May 2014
My #100HealthyDays…
Assalamualaikum wbt..
Lama sudah x bersiaran.. itulah..org ada blog, saya pun nak ada blog juga kan.. sudahnya, sebulan sekali baru update entry. hihi...x ape lah... saya cuba sehabis baik untuk memastikan blog yg dibuat ini tidak sia2..
100
hari yang sihat…tercapaikah agaknya? Belum cuba belum tau, dan kalau kita x set
target, biasanya memang x kan tercapai apa-apa pun. Jadinya, eloklah kalau ada
target. Sekurang-kurangnya, daripada 100 hari, mungkin 70 atau 80 hari kita
sihat.
Ape
sebenarnya My#100HealthyDays ni? Senang cerita, ini adalah program kurus dan
sihat Si MamaYaya ni.. hehe.. Program untuk turunkan berat badan. Bikin gempak
je tajuknya kan..
Selepas
lahirkan anak no 4 ni, berat badan rasa x turun. Perut pun masih buncit
lagi…kalau org tengok, x mustahil ada yg akan kata saya ni pregnant.
Hahaha…malu la saya kalo ada yg menegur camtu…so, sebelum kena tegur “u pregnant
ke?”.. better ambil langkah yg serius untuk menurunkan berat badan. Di samping
kuruskan badan, elok juga jaga pemakanan dari pelbagai aspek supaya dapat badan
yg sihat dan kekal muda dan ceria… maklum la usia pun bukan lah semakin
muda…dah 33 tahun akak ni ha!!! Sama usia dengan suami plak tu. Jd adalah lebih
elok saya pastikan saya sentiasa sihat n awet muda. Nanti xde lah cik abang
komplen kan…J
Memandangkan
Si MamaYaya ni seorang ibu yang berkerjaya, berjauhan dengan suami lagi, semua
urusan rumah tangga dan anak-anak dibuat sendiri … Maka teramatlah sedikit
waktu terluang yg ada yg boleh digunakan untuk exercise atau beriadah. Maka dengan itu, survey la sket apa-apa
produk yg boleh membantu saya mencapai target mendapat berta badan yg ideal ni.
Banyak
produk di pasaran yg dikatakan boleh membantu menurunkan berat badan.. ada tu
dalam masa seminggu boleh turun 5 kg – 10kg…errr…mcm takut nak mkn je… takut
ada pape side effect sebab x pasti apa bahan-bahan yang digunakan hinggakan
memberi kesan yang sangat cepat… Pil ada, minuman ada, produk tenusu ada…macam-macam
lah…
Sedikit
tips bagi yang sedang mencari produk-produk kesihatan…ini adalah perkara asas
yg anda perlu tahu ketika mencari apa-apa produk kesihatan—
#
Halal
Pastikan
produk dibuat daripada bahan-bahan yang HALAL dan mempunyai cop HALAL daripada
JAKIM atau mana-mana organisasi yang diiktiraf oleh JAKIM. Mungkin ramai yg x
tau, selain JAKIM sendiri, ada juga beberapa organisasi yang telah diiktiraf
oleh JAKIM dan cop halal tersebut boleh diterima pakai.
# Telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM). Macam mane nak tau? Ada 3 cara untuk mengetahui produk
berkenaan telah berdaftar dengan KKM:
1) Mempunyai label Hologram MeditagTM
2) Mempunyai no. pendaftaran dengan KKM
3) Melayari pengkalan data produk di laman web
biro pengawalan farmaseutikal kebangsaan.
#
Bebas dari racun berjadual/dadah merbahaya. Biasanya kalau dah berdaftar dengan KKM
tu, In Sha Allah selamat.
#
Dibuat
daripada bahan-bahan semulajadi. Produk-produk
kesihatan ni secara amnya terbahagi kepada 2 iaitu yg dihasilkan daripada bahan-bahan
semulajadi dan yang dihasilkan melalui
proses kimia dalam makmal. Saya percaya ramai yg memilih produk yang dibuat
daripada bahan-bahan semulajadi kerana khasiatnya yg kebiasaannya telah
terbukti, tetapi yang dibuat melalui proses kimia dalam makmal pun tidak kurang
juga khasiat dan kebaikannya. Cuma, apabila memilih yang berasaskan bahan-bahan
semulajadi, kuranglah sedikit bahan kimia yang diserap oleh badan.
#
Harga yang berpatutan vs kuantiti. Adakah harga juga menjadi ukuran ketika
membeli produk-produk kesihatan ni? Pada saya, ia terpulang pada citarasa dan
kehendak masing-masing. Setelah memastikan semua di atas dipatuhi, sekiranya
ada kemampuan atau memang nak beli yang mahal, bolehlah beli. Tapi x salah
membeli yg berharga murah pun.. dan kadang-kadang yang murah itulah yg
bersesuaian dengan diri kita.. Bandingkan harga dengan kuantiti yang
ditawarkan. Adakah ia berbaloi untuk pelaburan kesihatan kita? Jadinya, tepuk
poket…bayar sendiri J..hehehe..
#
Pilihan Brand atau jenama produk. Ada yang kata better
pilih brand yang dah established dan dikenali ramai. Sebab banyak testimony
yang boleh dicari semasa membuat pilihan. Tetapi yg xde brand atau jenama baru
di pasaran pun ok juga. Kalau kandungan produk tu lebih baik daripada yang ada
brand, why not mencuba… sekali lagi, tepuk dada tanya selera kan…. J
Pada
saya factor utama adalah kesesuaian badan yang menerima produk-produk yang
bakal ditelan itu nanti. Kadang-kadang beria membeli dengan harga yg mahal
berdasarkan testimony yang gempak…sudahnya bila mkn sendiri macam x jadi ape
pun kan… hmmm.. betul lah tu.. Apa pun, x salah mencuba… kalau rasa dah jumpa
yg berkenan dan In Sya Allah sesuai, cubalah ambil… perhatikan kesannya… Ada
org cepat je kesannya, ada org makan bertahun baru nampak kesan positif ke atas
badan. Ada juga yg perlu melalui “healing crisis” dulu baru nampak kesan…
Cerita
beria… Si MamaYaya ni ada makan apa-apa produk kesihatan ke? Tentu lah
ada..kata nak sihat kan… Saya ambil Vit C, VitaLea, Ostematrix dan OmegaGuard
brand Shaklee sebagai makanan tambahan harian saya. Alhamdulillah, pengambilan
secara berterusan dan konsisten dapatlah saya kekalkan kesihatan saya. Ini
adalah salah satu usaha saya untuk jaga kesihatan selain menjaga pemakanan yg
seimbang… supaya dapat saya manfaatkan kesihatan saya ni untuk jaga keluarga
dan rumah tangga saya pula.. Syukur Alhamdulillah… Nikmat yg tidak dapat
disangkal lagi..
Panjang
rupanya entry kali ni ye.. Asalnya nak cerita produk nak kurus je.. hehehe…
sebenarnya dah jumpa yg berkenan di hati. In Sya Allah, next entry boleh
cerita. Kena makan dulu la kan baru boleh cerita…J
So,
selamat maju jaya kepada diri sendiri untuk menempuh My#100HealthyDays ni…
Semoga cepat kurus…><
MamaYayaTore
J
Wednesday, 2 April 2014
Tadika Oh Tadika..
Alhamdulillah..Misi mencari tadika untuk Khalis & Iman dah pun berhasil. Ada juga rupanya tadika yg memenuhi ciri-ciri yg mama nak..Bukan senang nak cari tadika di area Tg Malim ni. Bukan xde, ada.. tapi x menepati ape yg mama nak untuk anak-anak mama ni.. Cerewet kan? Tahun ni je dah 3 tadika, termasuk yg ini. Tp ini disebabkan perpindahan yg x dijangka, bukan sebab mama terlalu cerewet :)
Hasil pertolongan Mr. Google, mama dapat contact no. Cikgu Norasyikin, owner Tadika Anakku Kreatif, Taman U, Tg Malim. Yg best nya, Tadika ni menggunakan program Little Caliphs. Mama x kisah apa pun program tu sebenarnya, yg penting ia sesuai dengan matlamat mama nak beri pendedahan kepada Khalis & Iman mengenai Islam, pembentukan akhlak di usia muda dan menanam rasa cinta pada Al-Quran dan As Sunnah di samping dapat menimba ilmu dengan cara yg seronok dan ceria.
Sebab dah lama x ke sekolah (taska), Iman menangis pd hari pertama. Seperti biasa, mama kena ada rasa percaya pada teacher di situ. tinggalkan iman yg masih menangis dengan kuatnya kat cikgu Syikin.. Khalis, seperti biasa, abang macho ni relax je. lagipun dia memang suka berkawan. cepat je serasi dengan surrounding yg baru.
Tadika Anakku Kreatif ni baru setahun lebih di situ. Hmmm.. patutlah macam x tau pun sebelum ni ada tadika macam tu kat area Tg Malim ni. Cuma kesian kat Princess Aleeya.. xde taska yg bersesuaian atau mama yg x jumpa lagi.
Sebelum ni mama hantar Khalis, Iman & Yaya ke taska di Bandar Baru Bangi yg mempunyai program n sillibus nya tersendiri. Jadinya, dari pagi hingga petang, walaupun nama nya taska @ nursery, tapi penuh dengan aktiviti-aktiviti yg menyeronokkkan diorang. x la bosan sgt.
Takpe la Yaya sayang. Nanti mama try cari lagi ye. Sementara tu boleh tinggal dengan Opah & Atuk kat rumah.
Mungkin ramai orang Tg Malim atau yg baru berpindah ke Tg Malim nak tahu pasal Tadika Anakku Kreatif yg berteraskan program Little Caliphs ni kan. Nanti mama dedicate kan special post psl tadika ni. Untuk rujukan kepada parents yg sedang mencari-cari tadika untuk anak-anak mereka.
Mama berharap sangat anak-anak serasi dengan tadika yg baru ni... Jgn buat perangai ye sayang, mama dah x larat nak cari tempat lain dah. Hehehe...

Wednesday, 19 March 2014
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...merangkak-rangkak jg nak buat blog ni. Maklum la, saya bukanlah pakar IT...hehe..seronok pula tengok rakan-rakan ada blog.
Littlenurseathome...saya lah tu...walaupun hakikatnya bukanlah "little" sangat pun...(besar aku nih..hehe)
Perjalanan hidup yang penuh dengan pahit manis, penuh pengajaran dan pengalaman...terutama dalam memastikan rumahtangga sentiasa bahagia dan anak2 dan suami sihat, ceria dan cergas...
In Sya Allah, coretan yang diharap dapat memberi manfaat pada semua...
MamaYayaTore :)

Subscribe to:
Posts (Atom)