Wednesday, 2 April 2014

Tadika Oh Tadika..

Alhamdulillah..Misi mencari tadika untuk Khalis & Iman dah pun berhasil. Ada juga rupanya tadika yg memenuhi ciri-ciri yg mama nak..Bukan senang nak cari tadika di area Tg Malim ni. Bukan xde, ada.. tapi x menepati ape yg mama nak untuk anak-anak mama ni.. Cerewet kan? Tahun ni je dah 3 tadika, termasuk yg ini. Tp ini disebabkan perpindahan yg x dijangka, bukan sebab mama terlalu cerewet :)

Hasil pertolongan Mr. Google, mama dapat contact no. Cikgu Norasyikin, owner Tadika Anakku Kreatif, Taman U, Tg Malim. Yg best nya, Tadika ni menggunakan program Little Caliphs. Mama x kisah apa pun program tu sebenarnya, yg penting ia sesuai dengan matlamat mama nak beri pendedahan kepada Khalis & Iman mengenai Islam, pembentukan akhlak di usia muda dan menanam rasa cinta pada Al-Quran dan As Sunnah di samping dapat menimba ilmu dengan cara yg seronok dan ceria.

Sebab dah lama x ke sekolah (taska), Iman menangis pd hari pertama. Seperti biasa, mama kena ada rasa percaya pada teacher di situ. tinggalkan iman yg masih menangis dengan kuatnya kat cikgu Syikin.. Khalis, seperti biasa, abang macho ni relax je. lagipun dia memang suka berkawan. cepat je serasi dengan surrounding yg baru.

Tadika Anakku Kreatif ni baru setahun lebih di situ. Hmmm.. patutlah macam x tau pun sebelum ni ada tadika macam tu kat area Tg Malim ni. Cuma kesian kat Princess Aleeya.. xde taska yg bersesuaian atau mama yg x jumpa lagi.

Sebelum ni mama hantar Khalis, Iman & Yaya ke taska di Bandar Baru Bangi yg mempunyai program n sillibus nya tersendiri. Jadinya, dari pagi hingga petang, walaupun nama nya taska @ nursery, tapi penuh dengan aktiviti-aktiviti yg menyeronokkkan diorang. x la bosan sgt.  

Takpe la Yaya sayang. Nanti mama try cari lagi ye. Sementara tu boleh tinggal dengan Opah & Atuk kat rumah.

Mungkin ramai orang Tg Malim atau yg baru berpindah ke Tg Malim nak tahu pasal Tadika Anakku Kreatif yg berteraskan program Little Caliphs ni kan. Nanti mama dedicate kan special post psl tadika ni. Untuk rujukan kepada parents yg sedang mencari-cari tadika untuk anak-anak mereka.

Mama berharap sangat anak-anak serasi dengan tadika yg baru ni... Jgn buat perangai ye sayang, mama dah x larat nak cari tempat lain dah. Hehehe...

MamaYayaTore

2 comments:

  1. hehe bila nak citerrr pasal tadika tu... tak sabarrr nak baca.

    ReplyDelete
  2. hehe bila nak citerrr pasal tadika tu... tak sabarrr nak baca.

    ReplyDelete