Assalamualaikum wbt.
Lama sudah x update blog ni. Hampir 4 bulan rasanya. Dan dalam tempoh 4 bulan ni la mcm2 yg berlaku.
Baru-baru ini anak-anak kesayangan semuanya dijangkiti chicken pox atau cengkering. Bermula dengan abang Khalis. Penuh satu muka dan badan ditumbuhi bintik-bintik berair. Ada kecil dan ada besar. Mula-mula nak keluar chicken pox tu Khalis demam agak kuat panasnya. Bila banyak yang keluar demamnya semakin kebah.
Sehari lepas Khalis, Iman pula yang dijangkiti chicken pox. Cumanya Iman x banyak naik bintik-bintik tu. Dan dia juga x demam.
Saya dan suami bergilir ambil cuti. Bermula dengan saya selama 3 hari dan kemudiannya suami 3 hari. Selepas itu, mengharap bantuan emak dan abah menjaga anak-anak. Allahu Akbar. Kenapalah time mama dah kerja semula baru nak kena. Sian Khalis dan Iman.
Sepanjang menjaga Khalis dan Iman, banyak petua-petua yang mama buat untuk pastikan Khalis dan Iman cepat sembuh dan tidak meninggalkan kesan kudis di badan dan di muka. Banyak juga pantang larang yang nak diamalkan. Antaranya, tidak boleh makan makanan yang gatal seperti ikan kembung, udang, telur. Kicap pun tidak boleh makan. Katanya akan menyebabkan tinggal kesan hitam pada badan dan muka nanti.
Klinik hanya bagi ubat sapu iaitu calamine losyen untuk hilangkan gatal . Eh? Betul ke ejaan ni? Hehe.
Kebetulan. Mak memang ada buat bedak sejuk daripada beras. Jadinya, memang laku lah bedak sejuk tu sampai habis mama gunakan untuk sapu di badan Khalis dan Iman.
Sebenarnya lebih elok kalau beduk sejuk tu dicampurkan dengan daun bambu atau daun cermai. Daun cermai mama tau. Tapi daun bambu mama x kenal macam mana rupanya. Daun bambu atau daun cermai katanya berfungsi untuk menyejukkan badan serta mengurangkan rasa gatal. Kalau dapat lagi bagus kalau daun cermai atau daun bambu tu diletakkan sebagai alas tempat tidur. Sejuk katanya.
Bagi juga minum air kelapa. Selain menyejukkan badan, air kelapa juga boleh mempercepatkan proses chicken pox keluar. Konsepnya, cepat keluar cepat sembuh. Heheh.
Ini antara petua yang mak dan mertua ajarkan. Tetapi memandangkan daun bambu mahupun daun cermai pun tak ada, maka mama tepek bedak sejuk sahaja lah kat badan hero-hero mama ni. Air kelapa juga mama bagi. Tapi kena pastikan kalau ada ambil apa-apa ubat sebelum itu, dijarakkan waktu untuk minum air kelapa selama sekurang-kurangnya 4 jam. Yang ini pesanan dari doktor yang mama jumpa di klinik.
Ada juga yang kata x boleh mandi. Nanti jadi bentan. Mama mandikan saje Khalis dan Iman. Bukan ape, bila mandi mama rasa badan diorang lagi bersih dan kuman-kuman dapat dikurangkan. Sekurang-kurangnya dapat meminimumkan risiko jangkitan pada orang lain. Tak tahulah kan. Ini pandangan mama. Dan alhamdulillah. Anak-anak semua ok. Tak ada yang bentan.
Sebaik-baiknya anak-anak yang kena chicken pox ni diasingkan daripada anak-anak yang tidak kena. Tapi untuk mama agak susah hendak asingkan diorang ni. Terutama si Yaya Tore. Lagi bergumpal main dengan abang-abangnya adalah. Hmmmm. Nampaknya mama kena standby untuk ambil cuti lagi selepas ni kalau turn YayaTore pula yang kena chiken pox.
Baby Aneesa mama asingkan tidur untuk sementara waktu ni. Baby Aneesa tidur dengan Opah. Tapi masih ada risiko berjangkit juga sebab waktu siang semua masih bermain bersama. Susah nak asingkan diorang ni. Ye lah. Sudah biasa bermain bersama. Bila x cukup quorum jadi x best la kan.
Mama dan papa dah standby kalau YayaTore dan baby Aneesa pula kena chicken pox. Harap-harap mak dan mak mertua dapat membantu nanti. Dan harapnya kedua-dua puteri ni x kena teruk macam abang Khalis. Nanti dah x cun pulak princesses mama. Heheh. Apapun mama doakan semoga kalian sihat sentiasa dan di bawah perlindungan dan rahmat Nya selalu. Amin.